Betul Ke Bumi Bergelap Pada 23,24 & 25 Disember Ini
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3
hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu
bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan
manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan
kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012
bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam
Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus
untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke
dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu.
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.
Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
“Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu. — BERNAMA
sumber
